Blog ini adalah blog peribadi Miss Engineer. Segala yang ditulis dalam blog ini adalah pendapat penulis sendiri. Segala rujukan yang berkaitan akan dinyatakan (jika perlu). Penulisan dalam blog ini akan berubah-ubah mengikut situasi dan keperluan. Ada juga cerita santai tentang kehidupan penulis. Enjoy !

Jika ada salah silap harap dimaafkan. Semoga apa yang dikongsi dalam blog ini akan memberi manfaat pada semua pembaca.

26 February 2012

Muncul klon Anuar Zain ?

Pasti ramai terkejut bila saya kata ada seseorang menyerupai Anuar Zain. Saya pertama kali diberitahu seorang videographer ini saya terkejut tapi buat tak endah sahaja dengan statement dia. Tak percaya...

Bila saya tengok dan dengar, baru saya percaya ada klon Anuar Zain. Klon suara... Hee..
Serius suara abang tu sama macam Anuar Zain. Tergamam sekejap pertama kali dengar suara dia di sebuah majlis. Terpegun! Jika tidak tengok tuan yang nyanyi mesti saya sangka Anuar Zain datang buat persembahan. Cair lebur U'olls....
Majlis apa ? Baca sini kalau nak tahu. Tidak ulangan siaran di sini. ngeh ~


Anuar Zain penyanyi pujaan ramai dan Qhairol Iqhssan bintang yang bakal bersinar.



Walaupun wajah mereka tidak serupa tapi suara mereka serupa dan seiras. Hendak tahu sebesar mana kebenarannya boleh tengok dan dengar dalam rancangan iKlon (persis idolaku) pada minggu depan  4 Mac 2012 jam 9.30 di TV180i. Klik channel 180 untuk pelanggan astro.



Bicara Hati gadis : Tak dapat jumpa Anuar Zain in real life dapat kenal Qhairol Iqhssan pun jadilah! HewHew




18 February 2012

Keracunan makanan, Asma, dan Gastrik

Keracunan makanan, Athma, dan Gastrik adalah tiga jenis penyakit yang berbeza. Tapi gejala ketiga-tiganya mungkin ada yang persamaan sehinggakan doktor boleh salah anggap. Ok, tak baik salahkan doktor. Dia juga manusia yang melakukan kesilapan. Husnuzon Hanim. Cuba memujuk diri yang telah kecewa dengan perkhidmatan beberapa orang doktor. Dalam dua minggu sahaja saya telah berjumpa dengan 4 orang doktor dari 4 klinik yang berbeza. Berapa duit membazir di situ pun dah malas nak kira. Cheh, cara saya mengabaikan pembaziran wang tu dah macam orang kaya.
Paling merisaukan saya, saya terpaksa cuti 3 hari. Seminggu kerja 2 hari sahaja. Haih... Teruklah saya. Apa la penilaian bos saya nanti. *Harap bos akan baca blog saya ni bukti MC saya bukan satu penipuan*


Untuk pembelajaran dan pengajaran semua pembaca, saya dengan baik hatinya nak berkongsi mengenai keracunan makanan, asma, dan gastrik. Baik hati sangat sebab dah terkena, Hoho



KERACUNAN MAKANAN 


Keracunan makanan merupakan sejenis gastroenteritis yang disebabkan oleh makanan yang telah dicemari racun, biasanya bakteria.

Antara punca keracunan makanan ialah kemunculan bakteria dalam makanan, akibat proses penyediaan makanan yang kotor, makanan tidak dimasak dengan sempurna dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah Celsius.
Keracunan makanan juga boleh disebabkan oleh cendawan beracun atau buah dan sayuran yang dicemari dengan racun serangga yang tinggi kepekatannya. Toksin daripada kulat seperti aflatoksin yang terdapat pada bijirin juga salah satu punca keracunan makanan.

Kebiasaannya, keracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan yang tercemar. Tanda-tandanya termasuklah rasa mual, muntah, cirit- birit, pening-pening serta gangguan perut.

Disebabkan tanda-tanda yang saya alami adalah mual, muntah dan pening-pening, terus doktor menyangka saya alami keracunan makanan. Tetiba pulak dapat injection berbayar di tempat tak sepatutnya. Jangan tanya kat mana tempat tu ? Babap nak ??? Bluwerk!


Sumber :  SINI dan SINI



ASMA (ASTHMA)

Asma atau biasanya disebut sebagai semput atau lelah, merupakan sejenis penyakit paru-paru yang terjadi akibat keradangan dan juga pengucupan salur pernafasan.

Antara gejala yang sering dihadapi oleh pesakit asma :
  1. Pernafasan yang berbunyi seolah-seolah seperti orang bersiul terutama ketika menghembuskan nafas. Bunyi ini dinamakan wiz
  2. Pesakit yang tidak mengalami wiz kebiasaanya akan batuk terutamanya pada waktu malam atau selepas melakukan aktiviti.
  3. Pesakit rasa sesak nafas dan ketat dada. Kadang ada juga pesakit yang rasa bagaikan ada lendir di salur pernafasan.


Penerangan selanjutnya boleh baca Asma dan Rawatannya
*Motif letak baca selanjutnya ? Penulis malas nak taip panjang-panjang. Muhehe*


GASTRIK

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah. Walaupun ada perbezaan di situ, tapi kedua-duanya adalah penyakit gastrik.


Antara tanda-tanda gastrik ialah :

  1. Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
  2. Rasa senak, berangin atau pedih
  3. Rasa tidak selesa
  4. Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
  5. Rasa mual (loya) dan muntah
  6. Hilang selera makan
  7. Berat badan turun (pada peringkat teruk)


Punca-punca lain Gastrik:
  1. Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu.
  2. Pengambilan alkohol yang berlebihan
  3. Pengambilan kokain
  4. Merokok
  5. Stress
  6. Gangguan autoimun
  7. Penyakit crohn
  8. Radiasi dan kemoterapi
  9. Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  10. Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  11. Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  12. Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  13. Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.


Sumber : pmr.penerangan.gov.my



    Persamaan antara gejala keracunan makanan dan gastrik adalah pening dan mual-mual. Manakala persamaan antara penyakit asma dan gastrik pula adalah sesak nafas.
    Saya rasa itulah sebabnya doktor salah kesan penyakit saya apabila saya cakap saya rasa sakit dada, sesak nafas, pening, dan mual-mual. Haih, dah rasa macam ibu mengandung pulak ada mual-mual. Hurmmmm....
    Saya gastrik tapi kena injection dah macam orang keracunan makanan dan kena makan ubat asma seglanya. Hish Hish... Sabarjela

    Bicara Hati gadis : Sesibuk mana pun kita, kesihatan harus dijaga. Tanpa kesihatan yang baik, prestasi kerja pastinya akan merundum.


    *Bicara Hati gadis tu memang duduk dalam hati sahaja lah ! Sebab tuannya tersangatlah degil. Bila dah sibuk siapkan kerja lupa kesihatan diri sendiri sampai sanggup delay waktu lunch. Huu....*




    07 February 2012

    Cabaran seorang Jurutera ( #MissEngineer )


    Bila sebut sahaja kerja sebagai Jurutera (Engineer) pastinya ada terkejut sampai nak terkeluar biji mata. Lebih-lebih lagi bila engineer itu perempuan. Pasai pa ??? Saya tahu saya nampak agak kecil untuk jawatan besar sebagai Jurutera ini. Hurmmm..
    Bidang kejuruteraan ini sememangnya dipelopori oleh lelaki, tapi tak bermakna dimonopoli oleh mereka. Terdapat juga wanita yang menceburi bidang ini tapi tak ramai. Itu cerita dahulu kala. Sekarang dah berlambak Jurutera perempuan.  (over tau kata berlambak)
    Di syarikat saya pun ada dua orang Jurutera perempuan dan dua lagi Jurutera adalah lelaki. Tapi dua-dua Jurutera lelaki itu not available. Sila tutup rapat-rapat hasrat nak cari suami Jurutera.
    Sebenarnya banyak cabaran terpaksa dihadapi oleh seorang Jurutera terutamanya Jurutera perempuan. Besar jawatan yang dipegang besar juga tanggungjawabnya. Mau ketaq lutut! Rasa bukan setakat lutut sahaja ketaq tapi seluruh badan. Huu

    Saya masih baru dalam bidang kejuruteraan ini tapi sudah bermacam-macam cabaran terpaksa ditempuhi. Saya ibarat budak kecil baru belajar berjalan dan selalu sahaja terjatuh-jatuh. Semua itu takkan melemahkan semangat saya untuk terus menceburi bidang kejuruteraan ini. Insya'Allah....
    Antara cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh seorang Jurutera :
    1.     Cabaran Komunikasi
    Seorang Jurutera harus pandai berkomunikasi. Disebabkan bidang kejuruteraan ini didominasi oleh kaum lelaki, saya sebagai Jurutera perempuan tidak boleh malu-malu kucing atau cover cover ayu depan lelaki. Draftperson, Arkitek, Project Manager kebanyakannya lelaki. Pekerja buruh di tapak pembinaan pun semua lelaki. Seorang Jurutera perlu banyak berkomunikasi dengan mereka untuk kerja yang lebih lancar. Bagaimana mereka nak lakukan kerja jika Jurutera cakap pun macam ada emas dalam mulut ?
    2.     Cabaran Mental
    Bekerja dalam tekanan adalah sangat sinonim dengan Jurutera. Saya pernah buat kerja sambil ditunggu oleh klien di belakang saya. Masa itu saya perlu buat sedikit perubahan pada structural design saya. Saya baru tahu perubahan yang klien mahu itu pada waktu pagi, tapi klien mahukan drawing yang lengkap pada tengaharinya. Memang terpaksalah saya delay waktu lunch saya. Dalam masa dua jam saya berusaha keras menyiapkan kerja tersebut. Lepas siap kerja tu terus terasa kejang urat-urat tangan. Mata pun merah gara-gara terlalu fokus pada komputer. Bukan mata sahaja, kepala pun turut merasai tekanannya. Kesan kesakitan seperti ini biasa dilalui oleh Jurutera baru. Lama-kelamaan pasti akan lebih bijak mengendali tekanan tersebut.
    3.     Cabaran Fizikal
    Jurutera dan kegelapan wajah memang tak dapat dipisahkan. Saya masih ingat lagi kata-kata staf JKR pada budak-budak praktikal dulu (including me), "Jika tak mahu diri berjemur pada panas tak payah ambil bidang kejuruteraan". Kata-kata menusuk kalbu itu terkeluar apabila ada salah seorang antara kami memegang payung ketika melihat kerja-kerja pembinaan jalan raya dilakukan.
    Bukan sahaja mental harus kuat jika mahu bekerja sebagai jurutera, fizikal juga. Lebih-lebih lagi bila bekerja di tapak pembinaan sebagai Jurutera Tapak (Site Engineer). Kadangkala sabtu ahad pun perlu bekerja. Fuh, masih terasa kepenatan bekerja sebagai Site Engineer ketika di Melaka dahulu. Tetibe rasa diri dah tua. Huu...
    4.      Cabaran Personaliti
    Kenyakinan perlu ada dalam diri seorang Jurutera, dan kenyakinan itu harus diserlahkan ke wajah. Jurutera harus membuat keputusan yang melibatkan nyawa orang ramai. Jika diri sendiri tak dapat serlahkan kenyakinan itu bagaimana orang lain mahu nyakin dengan keputusan Jurutera ?

    5.     Cabaran Sosial
    Jurutera perlu bijak bersosial. Bersosial tanpa melanggar batas-batas agama. Ingat itu ! Apabila melibatkan diri dalam bidang kejuruteraan ini terutamanya bidang pembinaan, kita akan terdedah kepada pelbagai jenis dan ragam manusia. Bukan semua beragama Islam. Boleh dikatakan hampir kesemua buruh binaan bukan Islam. Ditambah pulak dengan pemaju, kontraktor yang lebih dimonopoli oleh cina. Walaupun kita bekerja dengan mereka, tak bermakna kita harus ikut cara mereka.
    6.      Cabaran Masa
    Seorang Jurutera harus banyak korban waktunya sendiri. Jurutera bekerja tanpa mengira waktu. Dah macam doktor je hah. Huu. Memang itu realitinya terpaksa diterima. Terpaksa berhempas pulas siang dan malam menyiapkan rekabentuk struktur bagi sesebuah bangunan. Ada juga yang terpaksa bergegas ke tapak pembinaan apabila menerima panggilan memberitahu ada masalah di tapak pembinaan. Saya pernah laluinya. Sedang elok saya bersantai beristirehat di rumah, tetiba ada bunyi deringan telefon. Ku ingatkan kekasih baru, rupanya masalah baru ! Tanpa berbedak di muka saya terus sarungkan pakaian dan bergegas ke tapak pembinaan. Masa itu saya rasa belajar kejuruteraan lagi mudah dari bekerja sebagai Jurutera.
    Cabaran-cabaran yang saya senaraikan ini bukanlah untuk menakutkan bakal-bakal Jurutera, tapi hanya ingin mendedahkan kepada situasi sebenar supaya nanti tiada yang akan sakit jantung. HEE
    Bicara Hati gadis : Saya seperti hanya fokus pada bidang kejuruteraan awam sahaja. Mana pergi mekanikal dan elektrik ? Hurm, tak reti nak buat huraian cabaran untuk bidang itu sebab saya bukan golongan mereka. Sorry.

    Aimi A.Z juga ada berkongsi cabaran yang dia lalui sebagai seorang jurutera. Baca SINI jika mahu tahu.




    Sebelah saya adalah bakal Jurutera suatu hari nanti. Insya'Allah. Good Luck MUNIRA !


     

    Copyright © 2014 HANIM MAHALI | Designed by @anneshah_